Perluasan dan penaklukan lain Dinasti_Pallava

Pallava berkonflik dengan kerajaan utama lain pada tempoh masa yang berlainan. Pertandingan bagi penguasaan politik wujud antara Dinasti Pallava awal dan Dinasti Kadamba. Banyak tulisan Kadamba memberikan perincian mengenai permusuhan Pallava-Kadamba.[16] Pallava turut memiliki hubungan perkahwinan kontrak dengan Kadamba. Menurut Kepingan Velurpalaiyam ibu raja Pallava king Nandivarman merupakan puteri Kadamba bernama Aggalanimmati.[17] Kepingan Velurpalaiyam turut menyatakan bahawa Nandivarman terpaksa bertarung bagi mendapatkan takhta bapanya.[17]

Semasa pemerintahan Vishnugopavarman II (sekitar.500-525 AD), pergelutan politik menyelubungi Pallava akibat penjajahan Dinasti Kalabhra ke atas negeri Tamil.[18] Pada akhir kurun ke enam, Pallava Simhavishnu menyerang Kalabhras. Pandyas turut menurut sama. Selepas itu negeri Tamil terbahagi antara Pallava di utara dengan Kanchipuram sebagai ibu negeri mereka, dan Pandya di selatan dengan Madurai sebagai ibu kota mereka.[18]

Selepas kekacauan Kalabhra pergelutan berpanjangan antara Pallava dan Chalukya dari Badami bagi penguasaan di semenanjung India bermula.[petikan diperlukan] Kedua mereka cuba menetapkan penguasaan ke atas Krishna-Tungabhadra doab. Di bawah Skandavarman I, Pallava melanjutkan penguasaan mereka ke bahagian utara sehingga Sungai Krishna dan ke barat sehingga Laut Arab.[petikan diperlukan] Sungguhpun pemerintah Chalukya Pulakeshin II hampai sampai ke Pallava capitalm penjajahna keduanya berakhir dengan kegagalan. Pemerintah Pallava Narasimhavarman menduduki Vatapi, mengalahkan Pandya, Chola dan Cheras.[petikan diperlukan]

Raja Gupta, Samudragupta memimpin ekspedisi ke selatan, mengembara melalui hutan tebal Madhya Pradesh sehingga ke Orissa, Vishakapatnam, Godavari, Krishna dan daerah Nellore, dan menceroboh sehingga Kanchi ibukota Pallava.[19] Berundur ke tanah asal mereka di Nellore dan Guntur sekejab Pallava kembali ke Kanchi dengan kecergasan yang baru. Mereka kemudian memerintah dengan Kanchipuram sebagai ibukota mereka tanpa gangguan sehingga permusuhan dengan Chalukyas muncul kembali.[20]

Konflik antara Pallava dan Chalukyas bersambung pada awal bahagian pertama kurun ke lapan dengan banyak kekalahan Pallava. Chalukyas mengalahkan mereka sepenuhnya pada tahun 740 CE, mengakhiri penguasaan Pallava di Selatan India.[petikan diperlukan]